Pasca PRU12:Kerajaan Barisan Rakyat

No Comments

br.png


Dalam tempoh seminggu nie bermacam isu timbul setelah berakhirnya PRU-12, baik di pihak Kerajaan BN mahupun di pihak Kerajaan BR. Daripada keputusan PRU-12 ini, banyak keputusan diluar jangkaan telah berlaku antaranya 6 buah negeri termasuk Wilayah KL telah diterajui oleh pihak Kerajaan BR, 2/3 majoriti di parlimen dinafikan, tumbangnya menteri-menteri yang 'glamour', rakyat pun semakin bijak dalam memilih pemimpin dan sebagainya. Ini semua merupakan rencah-rencah kepada pasca PRU-12.Menarik untuk diperhalusi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak Barisan Rakyat (PAS,PKR & DAP) telah pun membentuk kerajaan campuran dinegeri tertentu iaitu melibatkan Perak, Selangor dan Penang. Walaupun pada peringkat awalnya berlaku sedikit 'keributan' dalam menentukan Exco dan Menteri Besar bagi negeri Perak dan Selangor. Alhamdullilah kini segala kesulitan yang dihadapi telah dapat diselesaikan oleh semua pihak yang terbabit dengan penuh rasa tanggungjawab dan toleransi yang sebaiknya demi kepentingan RAKYAT. Adalah diharapkan kerajaan Barisan Rakyat dapat memenuhi dan melaksanakan harapan rakyat yang telah diberikan oleh rakyat untuk Barisan Rakyat memerintah. Selama tempoh 5 tahun mendatang sebelum datangnya PRU-13, diharapkan pihak Barisan Rakyat dapat menunjukkan model dan contoh sebaiknya dalam mentadbir negeri-negeri terbabit.

Insyallah jika seperti apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Rakyat sebelum ini dapat dikotakan serta dilaksanakan dengan penuh berkhikmah, kerajaan Barisan Rakyat akan sentiasa dekat dihati rakyat.

Kepada semua pemimpin Barisan Rakyat, laksanakanlah amanah yang diberi rakyat dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan semua rakyat.

Takbir!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment