Itu serba sedikit la yang aku faham dengan kursus induksi nie, kepada mana rakan-rakan kalau terbaca coretan nie mana yang ada silap dinyatakan minta diperbetulkan. Sebabnya aku nie bukanlah penjawat awam sepenuhnya kerana tempat aku makan gaji nie separa awam saja.
Dipendekkan coretan nie, kursus induksi peringkat tempat aku kerja ni telah menyenaraikan nama aku salah seorang peserta yang 'wajib' hadiri kursus tersebut. Biasanya kursus induksi nie dibuat dekat tempat yang terpencil daripada kemudahan harian, senang kata dalam hutan la. Kursus induksi kali nie bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong,Pahang. Setahu aku, resort tu antara tempat popular untuk buat aktiviti-aktiviti kursus nie, sebabnya boleh gabungkan aktiviti 'outdoors' dan 'indoors'.
Selanjutnya aku sambung kemudian...[ kini bersambung ..... ]
Dengan kelapangan yang ada nie dengan suasana ketenangan malam aku sambung balik citer pasal kursus induksi nie.Berbalik kepada tentatif program yang tersenarai, aku tengok aktiviti memang penuh sehari suntuk termasuk waktu rehat + makan + solat. Seperti kebiasanya, mana-mana kursus yang bertujuan untul memotivasikan diri nie memang akan bermula dengan sesi 'ice -breaking, biasa la kenal-kenalkan diri kepada semua dan seterusnya sampai tengah malam. Esoknya pula bermula fasa seterusnya seperti yang dijanjikan dalam tentatif.
Selama aku mengikuti kursus 3hari 2malam nie, dalam 'kepala otak' memang aku dah set dari awal lagi memang aku akan 'layan' semua aktiviti yang dibuat dengan hati yang terbuka. Kesimpulan daripada kursus yang aku ikuti nie sedikit sebanyak memang memotivasikan diri aku serta rasa 'enjoy' sebab dah lama aku tak ikut kursus-kursus macam nie ( zaman-zaman 'study' dulu memang rajin la join kursus) sejak dah masuk zaman kerja nie.
0 comments
Post a Comment