Hidup Sederhana

No Comments
Aku amat tertarik kepada coretan azhan berkenaan dengan kesederhanaan. Cuba renungkan sejenak...

Bila dikenangkan kehidupan orang lain dan kehidupan kita banyak yang perlu difikirkan semula. Ya, kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Hiduplah dengan apa yang kita rasa selesa dan tenang. Azizi Ali, si jutawan itu pernah berkata "Kalau kita mampu memandu Perdana, belilah Waja atau Kancil sahaja supaya kehidupan kita tidak membebankan diri kita di kemudian hari". Logiknya, wang lebihan yang ada adalah untuk simpanan dan keperluan lain.


Saya terfikirkan sebuah kehidupan yang simple. Memandu kereta kecil (Viva) dan tinggal di sebuah rumah atau apartment sederhana di kawasan pinggiran yang tidak jauh dari tempat kerja. Di depannya ada pasaraya dan Masjid juga sekolah. Dengan wang gaji yang begitu-begitu sahaja dan kemudian menikmati kehidupan sekadarnya pasti membahagiakan. Setiap kali berlaku perubahan dalam hidup kita, contohnya bila gaji naik otak mula terfikir untuk tukar kereta baru. Atau bila kereta sudah habis bayar mahu beli kereta lain yang lebih 'menggiurkan'. Lama kelamaan, kehidupan kita begitu sahajalah ... kita jadi hamba bank tak sudah.


Bayangkan kalau kita hidup simple ( tapi bukanlah nampak sengkek) dengan wang gaji yang sama. Duit lebihan ada untuk tabungan, senang nak pergi melancong, boleh beli banyak buku setiap bulan alangkah indahnya. Kemudian fikiran kita tenang tidak perlu memikirkan hutang bank yang banyak, kecualilah hutang beli rumah. Dapatlah juga kita membantu kedua ibu bapa kita. Kalau dulu mungkin kita membantu sekadar yang termampu, kali ini dapatlah kita memberi lebih. Pasti jiwa kita menjadi lebih tenang.


Sebenarnya kehidupan yang simple, bebas hutang akan lebih membahagiakan. Ahhh ... semua itu tanyalah diri sendiri. Kehidupan kita kitalah yang menentukan. Bagaimana pula bagi kita yang sudah 'terlanjur'? Bolehkah berpatah balik? Mungkin masih belum terlambat...



Setelah aku baca entri tu, kesimpulan yang aku boleh buat bahawa kesederhanaan dalam kehidupan merupakan satu nikmat hidup yang benar-benar boleh menenangkan jiwa serta menimbulkan keinsafan diri kita.Hidup dalam kesederhanaan pun memang dituntut oleh agama. Aku amat-amat berharap suatu hari nanti dapat menikmati hidup dalam kesederhanaan. Insyallah, sekarang pun 'life style' aku 'simple' saja.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment