Hutang ???

No Comments
Mesti semua orang pernah buat 'hutang'. Tak kira la apa tujuan pun pasti akan kita berhutang, cuma nilai,jumlah dan bentuk hutang yang dibuat.

Aku sentuh pasal 'hutang' bukan sebab apa just nak 'share' sikit pasal khutbah jumaat hari nie berkenaan dengan 'HUTANG'.
Ringkasnya Khatib pada khutbah jumaat telah menghuraikan bentuk-bentuk hutang seperti hutang belajar, hutang kerperluaan dan sebagainya. Khatib juga berpesan kalau dah berhutang pastikan hutang-hutang tu dibayar balik seperti yang diakad masa perjanjian.Sebolehnya jika ingin berhutang hendaklah ada hitam putih atau perjanjian bertulis antara dua pihak. Ini adalah perlu kerana sifat manusia yang pelupa itu boleh menyusahkan diri sendiri dikemudian hari samada didunia ataupun diakhirat. Ini kerana apabila kita mati walaupun membawa segala bekalan amalan-amalan didunia tapi jika masih belum melangsaikan semua hutang, roh simati akan tergantung tidak sempurna mati seseorang itu jika masih belum melangsaikan hutang.Hutang simati tadi seterusnya akan dibawa ke hari akhirat dan perlu dilangsaikan.Wallahualam


Begitula sedutan serba sedikit ingatan yang diberikan kepada semua jemaah jumaat hari nie.Aku sendiri pun macam-macam hutang nak kena langsaikan seberapa segara yang boleh, yela hutang belajar saja pn dah berapa ditambah lagi dengan hutang kenderaan, rumah dan lain-lain lagi.Memang 'makan' tahun nak langsaikan semua.Alhamdullilah semua hutang-hutang tu aku dapat bayar tanpa 'missed' mengikut akad yang dibuat...dan aku sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki agar dipermudahakan untuk melangsaikan semua hutang-hutang yang ada.Insyallah.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment